Berita Hari Ini

Tinjauan Time Tidak Relevan Dengan Politik Malaysia

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tinjauan pendapat yang dilakukan majalah Time adalah tidak relevan dengan politik Malaysia.

Beliau menegaskan tinjauan pendapat majalah itu juga tidak akan mempengaruhi pendapat umum seperti mana mereka yang menyokong pembangkang, atau sebaliknya, tidak akan mengubah kedudukan mereka hanya kerana ia berkata bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump adalah lebih popular daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar Pekan, Pahang iaitu kawasan yang diwakilinya.

“Bagaimana Time menjalankan tinjauan pendapat ini? Berapa banyak responden yang ditinjau dan di mana responden ini tinggal?

“Adakah Time mengatakan bahawa Najib dan empat pemimpin lain dunia kurang popular daripada Trump di Terengganu dan Kelantan (dua negeri di Malaysia) atau di Kota Raya New York?” soal beliau dalam blognya, sskeruak.blogspot.my, malam tadi.

Salleh menarik perhatian bahawa bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton sepatutnya lebih popular daripada Donald Trump, dengan Presiden Barack Obama pun menyokongnya, tetapi Trump yang akhirnya memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat.

“Time mengundi (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai tokoh dan lebih popular daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Mahathir yang memenangi Pilihan Raya Umum 1999,” katanya.

Majalah Time, dalam laporan yang disiarkan di laman webnya hari ini, menamakan Najib dalam senarai lima pemimpin dunia yang didakwanya kurang popular berbanding Trump.

Selain Najib, pemimpin lain ialah Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Presiden Brazil Michel Temer, Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dan Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");