Berita Hari Ini

Unit ‘Fast Track’ Bantu Percepat Kes Cerai

SHAH ALAM – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (Jakess) mengambil inisiatif mewujudkan unit ‘fast track’ bagi mempercepat penyelesaian kes penceraian di negeri ini.

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ‘fast track’ adalah kumpulan dipertanggungjawabkan melaksana satu sistem bagi memudahkan proses perceraian pasangan yang telah bersetuju bercerai di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 (EUUKI 2003).

“Ia juga diwujudkan bagi memastikan proses pengurusan pra pendaftaran kes Seksyen 47 hingga perintah bersih dikeluarkan dapat dilaksanakan dengan cepat, sistematik dan berkesan demi memartabatkan perunda-ngan serta kehakiman syariah,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Wanita Bangkit Bertindak, anjuran Yayasan Nur Karangkraf, Mingguan Wanita dan Sinar Harian di Dewan Karangkraf, di sini, semalam.

Mohd Naim berkata, berdasarkan realiti semasa, analisa penyelesaian kes yang telah dijalankan terhadap kes Seksyen 47 dari semua lokasi bagi 2013, didapati tempoh purata penyelesaian kes adalah 60 hari bermula dari tarikh kes didaftarkan sehingga kes diputuskan.

“Tempoh ini akan ditambah selama 30 hari selepas itu bagi tempoh pengeluaran perintah bersih perceraian, menyebabkan masa keseluruhannya ialah  selama 90 hari,” katanya.

Menurutnya, melalui pelaksanaan kes cerai ‘fast track’, tempoh 90 hari dapat disingkatkan kepada enam jam waktu bekerja.

“Saya boleh kata dengan yakin, tempoh enam jam ini tidak mustahil untuk dilaksanakan.

“Perkara ini telah terbukti melalui perbandingan statistik penyelesaian kes pada 2016 berbanding 2015,” katanya.

Berdasarkan rekod 2,370 kes penceraian berjaya diselesaikan tahun lalu melalui ‘fast track’  berbanding 1,149 kes pada 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");