Jenayah

Wanita Kerabat Diraja Johor Maut, Anak Cedera Ringan Akibat Kemalangan

JOHOR BAHRU: Seorang wanita kerabat diraja Johor maut manakala anaknya perempuannya cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di susur Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Danga City Mall, di sini hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mangsa, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald, 58, yang merupakan dua pupu Sultan Johor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

“Kemalangan di jalan menghala Skudai/Pantai Lido itu berlaku kira-kira 9.45 pagi tadi.

“Difahamkan, pemandu kereta iaitu anak perempuan Tunku Amal Jakiah yang berumur 22 tahun, cuba mengelak sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan sebelum melanggar batu pembahagi jalan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata bedah siasat terhadap Tunku Amal Jakiah dilakukan di Hospital Sultanah Aminah, di sini dan anak perempuannya yang merupakan seorang ahli perniagaan, turut dirawat di hospital sama.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan terbabit mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");