Sukan Hari Ini

Andik mahu julang Piala Malaysia

Kuala Lumpur: Pemain import Selangor Andik Vermansyah mengakui Piala Malaysia tetap menjadi pentas terbaik mereka merangkul kejuaraan musim ini.

Biarpun dia nampak lebih bersemangat untuk mengejar kejuaraan Piala Malaysia, itu tidak bermakna saingan Liga Super yang masih berbaki sembilan perlawanan tidak penting.

“Liga Super dan Piala Malaysia dua-dua sama penting. Tapi yang terpenting Piala Malaysia, saya tengok bukan sebab kami susah nak kejar (kejuaraan Liga Super) cuma mental juara ada pada Selangor untuk Piala Malaysia,” katanya.

Andik, 25, yang berasal dari Indonesia berjaya membantu Red Giants merangkul kejuaraan Piala Malaysia ke-33 pada 2015 namun dia yang menjadi kapten pada final 2016, gagal mempertahankan kejuaraan itu apabila tewas kepada Kedah.

Dalam saingan Piala Malaysia, Selangor bakal memulakan kempen menentang Terengganu pada 4 Julai depan bagi aksi Kumpulan D yang turut membabitkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Sarawak.

Bagaimanapun sebelum itu anak buah P Maniam itu melayan kunjungan T-Team di Selayang bagi aksi Liga Super yang kembali bersambung pada 1 Julai depan.

Andik kembali bersama pasukan selepas berehat separuh musim akibat kecederaan lutut sebelum didaftarkan semula Selangor dengan menggantikan pemain import Romania Victor Astafei.

Jelasnya, dia mahu membalas kepercayaan jurulatih dan pihak pengurusan yang masih memberi peluang kepadanya beraksi.

“Alhamdulillah, semua sudah ok. Kecederaan sudah tak rasa, fizikal sudah ok, cuma mental perlawanan,” kata pemain sayap Selangor itu.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");