Sukan Hari Ini

Annuar: Tindakan FMLLP Bukan Meringankan Kantung KAFA Sebaliknya Membebankan

PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan tindakan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menolak pendaftaran import terbaharunya, Seydi L’Imam dan meminta The Red Warriors (TRW) terus mengemukakan rayuan supaya kemelut ini dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, keputusan FMLLP itu sebenarnya bukan meringankan kantung KAFA sebaliknya menambahkan bebanan yang sedia ada termasuk terpaksa membayar gaji penyerang bermasalah Alessandro Celin yang gagal menunjukkan prestasi terbaik akibat dibayangi kecederaan lama.

“Saya setuju dengan apa yang akan yang dibuat Pemangku Presiden KAFA. Rayuan akan terus dibuat mengikut peraturan. Kita akan mengemukakan apa lagi yang FMLLP mahu, supaya mereka dapat melihat semula keputusan ini.

“Kenyataan agak aneh dikeluarkan mereka (FMLLP)  apabila menyatakan tindakan mengambil L’Imam tidak akan membawa apa-apa impak meringankan beban kewangan KAFA. Sudah pasti sangat melucukan. Kita sudah menandatangani kontrak dengan L’Imam semasa jendela perpindahan pemain kali kedua dibuka. Kita pun sudah mendapatkan ITC (Sijil Perpindahan Antarabangsa) bagi membolehkannya beraksi bersama TRW.  Adakah FMLLP nak suruh kita bayar gaji Celin dan dalam masa yang sama bayar gaji L’Imam? Ini bukan meringankan tapi membebankan KAFA,”katanya.

Annuar juga mengulangi kenyataan supaya setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia dilayan secara adil oleh FMLLP.

“Kalau semua orang (pasukan) diberi peluang mendaftar pemain dalam masa perpindahan kedua, kenapa kita dihalang? Kalau hendak halang, kena halang termasuk kita tak akan lepaskan Ghaddar jika kita tahu tak boleh daftarkan pemain lain,” katanya.

Annuar yang dianggap Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan mendakwa ugutan FMLLP untuk menurunkan pasukan Kelantan ke Liga Perdana jika segala masalah tidak dapat diselesaikan menjelang bulan Oktober ini.

“Saya tak tahu orang lain. Kalau saya, saya tak akan menaja kelab Liga Penaja. Dalam Liga Super pun payah nak cari penaja, inikan pula bermain dalam Liga Perdana. Secara tidak langsung, segala tindakan awak (FMLLP) bukan untuk menolong Kelantan sebaliknya hendak ‘membunuh’. Berulang kali saya katakan, kami tidak menolak segala tuntutan yang dikemukakan sebaliknya semua masalah itu perundingan secara aktif sedang dijalankan, Katanya.

Dalam majlis yang sama, Annuar yang juga pengerusi Konsortium Al-Hamra menyampaikan cek bernilai RM1.5 juta kepada pemain dan pegawai bagi menyelesaikan tunggakan gaji bagi Mei dan Jun yang membabitkan skuad TRW, Piala Presiden dan Piala belia.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");