Isu Panas

‘Apabila Mahathir Kembali Ke Kubang Pasu’

SHAH ALAM – Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, majlis berbuka puasa yang diadakan di kawasan lamanya, menerima sambutan positif daripada ahli Umno.

Namun,sayangnya kata beliau ‘mereka masih kekal dalam Umno’.

“Saya kembali ke Kubang Pasu, kawasan saya dahulu, buat kali pertama untuk berbuka puasa di Kodiang selepas 14 tahun meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu.

“Ramailah juga ahli-ahli Umno Kubang Pasu yang hadir dalam acara iftar itu.Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada dalam Umno,” katanya yang dipetik menerusi perkongsian di blognya www.chedet lapor Sinar Harian.

Untuk rekod Mahathir mula bertanding di di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding.

Selepas pilihan raya, Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.

Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya.

Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Katanya lagi, “Dalam ucapan saya, saya jelaskan bahawa Umno sekarang bukan Umno yang saya pimpin dahulu,”.

“Umno sekarang bukan pun Umno yang ditubuh pada 1946 oleh Dato Onn, Umno yang mengalahkan Malayan Union, dan mencapai kemerdekaan.

“Umno sekarang telah dihijack oleh Najib untuk menjadi alat pelindung jenayah yang telah dan sedang dilakukan olehnya,” dakwanya.

Dalam pada itu,dalam perkembangan mengenai tuduhan bahawa beliau terlibat dengan pengeluaran kenyataan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Mahathir berkata, ” Amerika Syarikat bukan seperti Malaysia,”.

” Di Malaysia ada Perdana Menteri yang melalui wang dan ugutan mempengaruhi tindakan dan kenyataan oleh anggota Kerajaan. Di Amerika Presiden pun terpaksa menerima laporan berkenaan dirinya dari pegawai berkaitan dengan apa sahaja salahlaku olehnya

“Dan Presiden biasa disingkir kerana perbuatan yang salah yang dilapor oleh pegawai agensi tertentu. Itulah yang menimpa Presiden Nixon kerana skandal Watergate,” katanya.

Justeru katanya, yang menuduh parti pembangkang di Malaysia mampu mempengaruhi DOJ Amerika adalah satu kebodohan yang luar biasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");