Sukan Hari Ini

Awang Import Mula Beri Kesan -Jelius

PENGENDALI Sang Badak, Jelius Ating, gembira kerana kesemua pemain import skuadnya mula memberi impak terhadap pasukan.

Empat pemain import Sabah iaitu Lee Gil Hoon, Heo Jaenyong, Rodoljub Paunovic dan Francis Kasonde yang dibawa masuk ketika jendela perpindahan pemain dibuka baru-baru ini, dilihat mula serasi dengan corak permainan yang diterapkan Jelius dan berharap ianya diteruskan pada aksi liga nanti.

“Ya, memang kemasukan mereka (pemain import) telah memberi impak kepada pasukan, kami telah mula menjaringkan gol dan mereka juga sudah menampakkan keserasian mereka dengan pemain tempatan.

“Kita dapat lihat keserasian mereka ketika dua aksi persahabatan bertemu Sarawak di sini (Kota Kinabalu), baru-baru ini, malah gol-gol kita juga dijaringkan pemain import iaitu Gil Hoon,” kata Jelius.

Jelius berkata, aksi bertemu Sarawak memberi banyak manfaat kepada skuad kendaliannya terutama dari segi permainan serta keserasian.

“Pada aksi pertama, kami agak kucar-kacir pada 30 minit pertama permainan namun berjaya mempamerkan rentak baik selepas itu.

“Perlawanan kedua pula menyaksikan pemain mempamerkan aksi yang baik sejak dari awal dan mampu mengekalkannya sehingga tamat permainan,” katanya.

Sementara itu, Jelius turut berterima kasih kepada pasukan Sarawak kerana sudi datang ke Kota Kinabalu untuk aksi persahabatan berkenaan.

“Keputusan pada dua pertemua itu bagi kami bukanlah perkara utama kerana apa yang penting pasukan Sabah dan Sarawak dapat melakukan persiapan yang bagus sebelum saingan liga bersambung,” katanya.

Dalam aksi pertama yang berlangsung di Stadium Likas pada 15 Jun lalu, Sabah berjaya menewaskan pasukan dari Liga Super itu 2-1 dan kemenangan itu diulangi pada aksi kedua di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kedudukan 3-2.

Sabah yang kini berada di kedudukan kesembilan Liga Perdana akan meneruskan saingan bertemu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di gelanggang lawan pada penghujung bulan ini.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");