Isu Panas

Bersatu Bukan Tempat Untuk Penerima Dedak

SHAH ALAM – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengalukan mana-mana ahlinya untuk meninggalkan parti itu jika lebih memikirkan wang adalah segala-galanya.

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Bersatu bukan tempat untuk penerima dedak.

“Minta maaf, Bersatu bukan tempat untuk penerima dedak.

“Tidak sangka maruah begitu senang digadaikan untuk dedak Umno,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini lapor Sinar Harian.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa di blog bahawa terdapat ahli Armada ditawarkan sehingga RM50,000 untuk meninggalkan parti.

Syed Saddiq menegaskan, Armada bukan tempat untuk mereka yang mahukan imbuhan wang atau kuasa.

“Kepada kawanku yang sudah pun tewas kerana nafsukan dedak, selamat maju jaya.

“Keluarlah kamu sebelum kami mentadbir negara. Kita tidak perlukan mereka yang senang kecundang di tangan perasuah,” jelasnya.

Katanya lagi, ada kebaikan di sebalik pengkhianatan ini.

“Proses pembersihan kini bermula.

“Dulu mereka sendiri yang maklumkan kepada saya dan rakan-rakan yang lain bahawa dedak-dedak Umno telahpun ditawarkan pada mereka,” ujarnya.

Jelasnya, mungkin ada ahli yang beranggapan Armada akan menawarkan jumlah dedak yang lebih besar untuk mengekalkan mereka.

“Tidak sangka maruah begitu senang digadaikan untuk dedak Umno.

“Kepada yang masih setia bersama Armada, teruslah berjuang bersama-sama kami.

“Perjuangan ini lebih daripada diri sebaliknya untuk negara tercinta, Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");