Jenayah

Datuk Ditemui Mati Dalam Pejabat

KUCHING : Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ ditemui mati di pejabatnya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, semalam.

Mangsa berusia 47 tahun, ditemui oleh pekerjanya dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai pejabatnya kira-kira jam 4 petang.

Pekerjanya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada hospital dan pasukan paramedik dikejarkan ke tempat kejadian.

Sumber berkata, difahamkan ketika anggota paramedik tiba, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar yang dihubungi malam ini mengesahkan kejadian itu dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak polis tidak menemui sebarang petunjuk untuk mengaitkan kematian ahli perniagaan itu dengan perbuatan jenayah.

“Bagaimanapun, kami akan menyiasat kes itu dari pelbagai sudut,” katanya.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");