Jenayah

Dilarang Jual Ayam Secara Longgok Di Kelantan

KOTA BHARU:KPDNKK Kelantan menguatkuasakan larangan menjual ayam secara longgok terutama ketika Aidilfitri ini kerana dikhuatiri menjadi satu taktik menipu pelanggan.

Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun berkata, pihaknya berhak mengenakan tindakan tegas sama ada mengenakan kompaun, membawa ke mahkamah atau menarik balik lesen perniagaan sekiranya ada peniaga yang ingkar.

“Kita tidak mahu peniaga menjual longgok contohnya, tiga hingga empat ekor ayam dengan harga RM100 kerana ini boleh menjadi satu cubaan menipu dan akhirnya akan merugikan pengguna.

“Saya mahu peniaga menimbang setiap ekor ayam yang dijual dan harga dikenakan mengikut kadar sudah ditetapkan. Tiada permainan harga di situ.

“Jika masih ada yang ingkar akan arahan ini, kita akan mengambil tindakan yang tegas,” katanya ketika ditemui di pejabatnya selepas mengadakan pertemuan dengan pemborong ayam di Kota Bharu, hari ini.

Ab Ghani berkata, seramai 50 pemborong ayam di Kelantan memberi jaminan untuk mematuhi harga kawalan yang sudah diputuskan dan penawarannya cukup untuk menampung keperluan pengguna.

Sehubungan itu katanya, pengguna tidak perlu bimbang bekalan ayam tidak mencukupi seperti yang berlaku ketika perayaan, tahun lalu.

“Isu bekalan ayam tak mencukupi tidak timbul kerana pemborong memberitahu mereka mendapatkan bekalan daripada Perak, Pulau Pinang Kedah selain Gua Musang.

“Jadi saya amat berharap agar pemborong dan peniaga dapat mematuhi harga yang ditetapkan serta jangan menyusahkan pengguna di hari raya,” katanya.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");