Perak Hari Ini

Guna Kempen Pintu Ke Pintu Bantu Rakyat

HUTAN MELINTANG:Sebanyak 30 buah keluarga golongan B40 menerima kunjungan Penolong Setiausaha MIC Seri Samak, Hutan Melintang Dr.M.Saravanabavan menerusi penganjuran kempen Pintu ke Pintu bertujuan memberi pendedahan dan bantuan kepada yang memerlukan.

Beliau yang juga merupakan penganjur kempen tersebut telah menemui pelbagai latar belakang masyarakat iaitu sesetengah daripada mereka daripada golongan OKU, tidak mempunyai perkerjaan yang tetap, bercerai, kematian di dalam keluarga dan mereka telah tampil menyuarakan masalah masalah mereka.

“Kempen Pintu ke Pintu untuk mengenalpasti dan membantu keluarga keluarga di dalam kategori B40 telah dilancarkan di Parlimen Bagan Datuk di bawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Di Hutan Melintang, melalui kempen ini didapati bahawa terdapat keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Katanya lagi, melalui kunjungan pintu ke pintu di Hutan Melintang, M.Saravanabavan dan Petugas-Petugas Kempen itu telah mendengar masalah kategori B40 di sekitar kawasan Hutan Melintang.

“Sebahagian besar isi rumah B40 di Hutan Melintang menghabiskan pendapatan mereka untuk memenuhi keperluan asas isi rumah mereka.

“Sebilangan besar pendapatan isi rumah B40 dibelanjakan untuk makanan dan tempat tinggal, dan sebahagian kecil pendapatan isi rumah B40 dibelanjakan untuk pakaian, perubatan, pendidikan dan keperluan lain.

“Walau bagaimanapun, disebabkan kemahiran dan kapital yang terhad, keluarga keluarga B40 dipaksa untuk bergantung kepada strategi yang membolehkan mereka bertahan tetapi tidak meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka dalam jangka masa panjang,” katanya.

Jelasnya lagi, kategori B40 di Hutan Melintang disifatkan lebih terdedah kepada kejutan kewangan ‘financial shocks’ daripada bahagian lain di Perak.

“Kejutan ini biasanya dalam bentuk pengangguran sementara atau kekal, hilang upaya fizikal, perceraian, kematian, atau perubahan kadar faedah dalam pinjaman mereka.

“Berdasarkan kunjungan saya dari pintu ke pintu di Hutan Melintang, saya percaya bahawa hanya sekitar 10 peratus isi rumah di Hutan Melintang dapat dikatakan dapat berdaya tahan terhadap sebarang kejutan kewangan atau ekonomi ini,”-katanya.

Malah katanya sebahagian besar isi rumah ini berada dalam kemiskinan di mana mereka boleh bertahan hanya kurang dari tiga bulan jika pendapatan mereka dipotong dan kebanyakan isi rumah ini tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.

“Kempen Pintu ke Pintu ini telah dilancarkan untuk menekankan kepentingan perbelanjaan untuk membantu keluarga keluarga B40 untuk menguruskan aspek kewangan mereka dengan berkesan dan menjejaki perbelanjaan mereka.

“Di samping itu, kami juga menyediakan konsultasi percuma mengenai isu undang undang dan kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah.

“Golongan B40 ini juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai Program program yang dilaksanakan oleh kerajaan dan perlu dibimbing dan diberi tunjuk ajar mengenai manfaat Program kerajaan,” katanya.

Pihakanya telah membawa borang borang Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menerangkan mengenai Program Program Bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

“Kami menekankan bahawa cara yang paling efektif untuk masyarakat Hutan Melintang keluar daripada kategori B40 dan mempunyai daya tahan terhadap perubahan ekonomi negara adalah dengan memulakan keusahawanan sosial dan menjana pendapatan sendiri.

“Borang borang telah diisi untuk membantu keluarga keluarga tersebut mendapat geran untuk memulakan keusahawanan sosial,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");