Sukan Hari Ini

Halep Dihantui Badi Terbuka Perancis

Simona Halep mengakui dia masih dihantui aksi terumbang-ambingnya dalam final Terbuka Perancis sebelum ini tatkala dia bersediap sedia menghadapi Wimbledon.

Pemain Romania itu mendahului set pertama dan kemudian berada 3-0 di depan dalam set kedua.

Bagaimanapun, dia seakan-akan hilang rentak, sekaligus tewas 4-6, 6-,4 6-3 kepada Jelena Ostapenko.

Kekalahan itu kekal antara yang paling memberi kesan terhadap karier Halep, yang turut tewas dalam final di Roland Garros pada edisi 2014.

“Kadang-kala, saya memikirkan kekalahan itu,” katanya menjelang aksi dalam Kejohanan Antarabangsa Aeon.

“Lebih sukar untuk diterima, saya sedang mendahuui 3-0 dalam set kedua tetapi entah bagaimana saya gagal melakar kemenangan.”

Sementara itu, Halep mendedahkan dia telah menghabiskan masa dengan berehat di pantai Greece bagi mengembalikan semula tenaganya.

“Saya telah mengambil cuti sehingga empat hari sebelum kembali dan mula bermain tennis sekali lagi. Saya amat rindukan sukan ini,” tambah pemain berusia 25 tahun itu.

Pemain no.2 dunia itu kini juga berada di landasan untuk merebut status pemain no.1 dunia.

“Kini saya sudah menghampiri status itu, senario itu seakan-akan merangkak masuk ke dalam kepala saya,” tambahnya.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");