Perak Hari Ini

Jemputan Majlis Rumah Terbuka MB Perak, Uber Disediakan Buat Tetamu

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr.Zamrby Abd Kadir menjemput orang ramai bagi menghadiri MajlisRumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PeringkatNegeri Perak pada 25 Jun 2017.

Ujarnya, majlis tersebut bakal berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Di Hilir, Ipoh bermula pukul 2.30 hingga 6 petang.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di jangka berkenan mencemar duli menghadiri majlis rumah terbuka itu.

Bagi memudahkan orang ramai di sekitar Ipoh, berkunjung ke rumah terbuka, perkhidmatan teksi Uber ke Kediaman Rasmi Menteri Besar akan disediakan secara percuma untuk caj perjalanan RM10 kebawah.

Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut hanya perlu memuat turun aplikasi UBER di Google Play dan App Store.

Manakala bagi mereka yang memandu kenderaan, kemudahan letak kereta juga disediakan di beberapa lokasi sekitar Kediaman Menteri Besar.

Iaitu di ruang parkir Jabatan & Kesenian Negeri Perak, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Bangunan UMNO Perak, Hotel WEIL, Shuttle 8, Padang Polo dan Restoran Shabu-Shabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");