Jenayah

Keluarga Sahkan Mayat Ditemukan Sebagai Johan Jaboi

KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemukan di Sungai Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini petang semalam disahkan Johan Jaboi, 42, yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan bersama beberapa rakan pada Ahad lalu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pengecaman mayat dilakukan keluarga mangsa malam semalam.

“Keluarga Johan telah mengesahkan mayat yang ditemukan adalah mangsa yang dicari sejak empat hari lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mayat itu ditemukan terapung pada kira-kira 4 petang semalam oleh beberapa pemancing di lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari lombong di Jalan Rasa, Bukit Beruntung, lokasi mangsa dilaporkan hilang.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");