Sukan Hari Ini

Laluan Ke Olimpik

KUALA LUMPUR: Saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B-23) di Bangkok bulan depan seharusnya menjadi keutamaan andai skuad negara mahu mengintai slot beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Meskipun kejohanan itu tidak menyediakan tiket automatik ke Olimpik, ia tetap memainkan peranan penting dalam menentukan ranking untuk pusingan kelayakan Olimpik 2019.

Menurut jurulatih skuad B-22 Datuk Ong Kim Swee, Malaysia perlu mencari laluan lebih selesa andai mahu memasang impian untuk layak ke Tokyo.

“Andai kita layak ke Kejohanan AFC pada Januari tahun depan dan kemudian mara sekurang-kurangnya ke suku akhir, kita akan mendapat ranking yang lebih baik bagi undian kelayakan Olimpik Tokyo nanti.

“Jadi jika kita mahu memasang impian untuk ke Olimpik Tokyo, perancangan rapi dan segala persediaan kena bermula dari kelayakan Kejohanan AFC di Bangkok ini,” katanya kepada Arena Metro.

Di sebalik harapan tinggi itu, bekas jurulatih kebangsaan itu dilaporkan berdepan masalah mendapatkan pemain terbaik ke Bangkok susulan jadual padat Liga Malaysia (Liga-M).

“Saya fikir perkara ini akan diselesaikan dengan baik, tiada masalah. Apa yang berlaku, kita akan tetap bertanding kerana tidak boleh menarik diri, jika tidak pasti kita akan dikenakan tindakan oleh AFC,” jelas Kim Swee.

Kim Swee kini bersama pasukan mengadakan latihan di Melaka sebelum mengadakan aksi persahabatan dengan skuad Liga Super Melaka United malam ini.

Persiapan rapi giat dilakukan bukan saja bagi menghadapi kelayakan Kejohanan AFC B-23 malah satu lagi misi besar di Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");