Perak Hari Ini

Lapan Agensi Serah Zakat

KUALA KANGSAR: Lapan agensi kerajaan dan swasta menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2016, berbentuk cek bayaran kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, pada Sabtu.

Cek yang berjumlah lebih dari RM13.12 itu kemudian diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Agensi-agensi yang terlibat menyerahkan zakat perniagaan itu ialah Tenaga Nasional Berhad (RM6.45 juta), PLUS Malaysia Berhad (RM4.29 juta), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (RM1.53 juta), Telekom Malaysia Berhad (RM225,141), Perbadanan Menteri Besar (RM213,188.58), Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM171,018.43), Felda Global Ventures Holdings Berhad (RM128,953) dan GITN Sdn Bhd (RM100,000).


Penyerahan zakat tersebut diadakan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Sektor Korporat, Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Belia.
Baginda serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim kemudian berbuka puasa bersama tetamu dan selepas itu berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama tetamu yang hadir.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");