Sukan Hari Ini

Latif Tidak Sabar Untuk Kembali Beraksi

ATLET lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly tidak sabar untuk kembali beraksi selepas terlepas Terbuka Thailand ekoran kecederaan kaki belum pulih sepenuhnya.

Mendengar khabar gembira rakan baiknya, Ziyad Zolkefli yang berjaya mencecah balingan 17.07 meter dan raih emas di Terbuka Thailand, membuatkan Latif tidak keruan dan ingin melakukan sesuatu untuk memperbaiki catatan semasanya.

Anak jati kelahiran Perlis ini sepatutnya terbang ke Thailand bersama Ziyad dan rakan skuad senior yang lain namun gagal berbuat demikian ekoran kecederaan buku lalinya yang masih belum pulih.

“Tiada rezeki buat saya untuk beraksi di Terbuka Thailand. Pegawai perubatan juga tidak memberikan saya menyertai kejohanan dan ia membuat saya sedikit kecewa,” kata Latif.

Peluang terakhir buat Latif mencari catatan merit untuk layak ke Sukan SEA 2017 hanya di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di London, Julai depan.

Jelas Latif, dia perlu menggalas dua misi utama di London iaitu mempertahan emas yang dimenangi edisi lalu selain memastikan lompatan melebihi 7.52 meter bagi merebut slot automatik ke Sukan SEA.

“Saya telah menjalani proses pemulihan hampir sebulan, saya mahu kembali menjalani latihan seperti biasa dan mahu memperbaiki lompatan saya.”

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");