Jenayah

Lelaki Tetak Nenek Direman Tujuh Hari

KUALA LIPIS: Suspek lelaki Orang Asli yang menetak neneknya hingga mati serta mencederakan isteri dan bapa mentuanya direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, suspek berusia 32 itu dipercayai pernah mengalami sawan dan berkelakuan pelik sebelum kejadian itu.

“Kita juga sudah mengadakan ujian saringan air kencing dan dia (suspek) negatif dadah.

“Sebelum ini suspek beberapa kali berkelakuan pelik dan pengsan secara tiba-tiba akibat sawan… namun, kali ini dia bertindak agresif dengan menetak mati neneknya hanya kerana ingin dibawa berjumpa Tok Batin untuk berubat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di Kampung Pagar, Kuala Lipis, Lipis kelmarin, suspek turut mencucuh muka isterinya menggunakan bara api selain menetak bapa mentuanya di bahagian belakang badan dan leher sebelum ditangkap.

Azry Akmar berkata, dua mangsa terbabit kini dirawat di Hospital Kuala Lipis dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya, ujian pemeriksaan kesihatan mental hanya boleh dilakukan ke atas suspek sekiranya pihak polis mendapat perintah mahkamah selepas pendakwaan dilakukan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");