Perak Hari Ini

MAPS: Satu Tarikan Pelancongan Terbaru Di Perak

IPOH: Kira-kira 5,000 orang pengunjung terawal Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) pada Isnin.

Lembaga Pengarah MAPS, Ramelle Ramli berkata sambutan yang diterima pada pra-pembukaan ini sangat memberangsangkan.

 

Tambah beliau, walaupun ada beberapa tarikan masih lagi dalam proses latihan teknikal, pengunjung yang telah membeli tiket pada minggu ini dan sebelumnya akan mendapat satu lagi tiket yang boleh ditebus sehingga 30 September 2017.

 

“Semua telah dibuka kecuali ada beberapa tarikan yang sedang dalam proses latihan teknikal seperti Dreamzone, Starship Restaurant dan  Boboiboy Hero Academy.

 

“Namun, bagi pengunjung yang telah mendapatkan tiket pada minggu ini dan sebelum ini, mereka akan mendapat satu lagi tiket day pass  yang boleh dipakai sehingga 30 September tahun ini dan promosi ini akan berakhir sehingga 30 Jun ini.

“Untuk tambahan, kita mungkin akan menambah beberapa tarikan dalam masa enam bulan lagi’, katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika membawa media meninjau keadaan sepanjang pra pembukaan MAPS dekat sini.

Tambah Ramelle, bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini, MAPS juga menawarkan potongan harga tiket istimewa kepada pengunjung yang membeli secara atas talian iatitu RM131 bagi dewasa dan RM104 bagi kanak-kanak.

 

Bagi yang membeli secara terus harga tiket bagi dewasa ialah RM190 dan kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU), sebanyak RM150.

 

Harga tiket pada hari biasa, bagi yang membeli secara atas talian berharga RM144 bagi dewasa dan RM114 bagi kanak-kanak, warga emas, dan OKU manakala bagi harga tiket melalui pembelian secara terus berharga RM148 bagi dewasa dan RM117 bagi kanak-kanak.

 

Dengan tiket tersebut, pengunjung boleh menikmati 40 tarikan dalam enam zon bertema yang berbeza.

 

Dibina dengan kos RM520 juta dan berkeluasan 52 ekar, antara tarikan yang ditawarkan MAPS ialah HyperSpin, Astreoid Attack, Cartoon Factory, Selfie Broadwalk, International Cultural Celebration dan banyak lagi.

 

Selain itu, pengunjung juga akan berpeluang menyaksikan persembahan aksi kereta dan motosikal lasak di zon Stunt Lagend di mana aksi-aksi tersebut dilakukan oleh juruaksi tempatan dan antarabangsa.

 

Dalam pada itu, Ramelle juga berkata, MAPS dengan kerjasama Tourism Perak dan Tourism Malaysia, sedang giat mempromosikan  tarikan terbaru di Malaysia ini di dalam dan juga luar negara.

“Sekarang ini kita telah pun mengadakan promosi di beberapa negara termasuk China, India, Singapura, Thailand dan Indonesia”, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");