Perak Hari Ini

Mendidik, Bukan Sengaja Menghukum – Zainol

IPOH: Sebanyak 54 kes melibatkan kematian akibat kemalangan jalanraya dicatatkan pada tahun lalu sehingga Mei 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata jumlah kemalangan jalan raya bagaimanapun menunjukkan penurunan daripada 15,742, pada 2016, ke 15,708 tahun ini.


Tambah beliau, kejayaan menurunkan statistik kemalangan dan kematian di jalanraya ini hasil dari tindakan-tindakan ‘kurang popular’ dari jabatan-jabatan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ada tindakan-tindakan kurang popular oleh jabatan penguatkuasan undang-undang, yang tak disukai rakyat, namum memberi impak yang positif.

“Saya juga merasakan mereka bukan sengaja nak menguhukum, mendenda pengguna-pengguna jalanraya tapi ia lebih kepada mendidik”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya dan Pelancaran Op Selamat Ke-11, Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017, Peringkat Negeri Perak di Hospital Raja Permaisuri Bainun, pada Khamis.

Mengulas berkaitan program itu, Zainol berkata hospital dipilih sebagai lokasi perasmian berikutan kerajaan negeri mahu memberi psikologi terbalik kepada pengguna jalanraya.


“Tahun ini kita buat kelainan kerana tidak seperti sebelum ini di mana jalanraya atau lebuhraya menjadi lokasi perasmian namun, kali ini kita melilih hospital dan ini kerana kita mahu memberikan psikologi terbalik kepada pengguna-pengguna jalanraya.

“Jika mereka ini tidak memandu dengan berhati-hati, akhirnya mereka akan berada di hospital, dan ini yang kita nak fokuskan”, kata Zainol.


Zainol juga memuji segala komitmen yang dilakukan kakitangan hospital khusunya dalam menjalankan tugas ketika musim perayaan.

Pada masa sama, Zainol juga sempat melakukan “flag off” kepada kenderaan-kenderaan PDRM, JPJ, APM dan Ambulan sebagai simbolik perasmian.
Beliau juga sempat beramah mesra dan mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan dan pelawat-pelawat hospital.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");