Jenayah

Operasi Bersepadu: 293 Kenderaan Dikenakan Tindakan

JOHOR BAHRU: Sebanyak 293 kenderaan dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan sejak 12 Jun lalu.

Ketua Jabatan Penguat Kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata sebanyak 4,861 kenderaan diperiksa di seluruh negara itu membabitkan bas (3,445), teksi (932) dan lori (484).

“Sebanyak 154 kes membabitkan bas dan antara kesalahan yang dilakukan ialah mengenakan tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu serta menurunkan penumpang di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Bagi teksi pula, sebanyak 37 kesalahan dikenal pasti, antaranya tidak memiliki kad pemandu serta gagal mengemukakan permit selain tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang,” katanya pada sidang media, di Pejabat SPAD Wilayah Selatan, di sini, malam tadi.

Che Hasni berkata, sebanyak 102 kesalahan pula direkodkan membabitkan lori, antaranya membawa muatan yang berlebihan serta gagal mengemukakan permit. Operasi bersepadu itu akan dijalankan sehingga 2 Julai ini sempena musim perayaan, dengan kekuatan 380 anggota penguat kuasa SPAD, dibantu pelbagai agensi penguatkuasaan lain.

Dalam operasi yang dijalankan sehingga semalam juga, tiada penahanan membabitkan pemandu bas yang di bawah pengaruh dadah.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");