Jenayah

Padah Tanam 38 Pokok Ganja

PETALING JAYA: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini, atas dua pertuduhan, termasuk menanam 38 pokok ganja di sebuah unit kondominium di Puchong, dua minggu lalu.

Mohamed Syazzwan Mohamed Nasir, 29, dan Farah Nadhrah Ahmad Puad, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim M Mabel.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengusahakan 38 pokok disyaki ganja di No B-21-03,Kondominum Zefer, Jalan Pipit 4, Bandar Puchong Jaya pada 7 malam, 12 Jun lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan minimum enam sebatan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 8 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pada 15 Jun lalu, media melaporkan tiga individu termasuk pasangan suami isteri dicekup polis selepas memiliki 1.6 kilogram dadah jenis ganja termasuk 38 pokok ganja belum matang yang ditanam di sebuah unit kondominium di Puchong.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan lanjut menemui pokok ganja yang ditanam di dalam pasu yang diletakkan di balkoni kondominum serta di dalam sebuah bilik dengan kawalan suhu dan baja khas.

Ab Rashid berkata, pasangan itu menanam pokok berkenaan mengikut panduan di Internet dengan menggunakan benih yang dibeli dari Eropah serta siasatan juga mendapati mereka bergiat aktif menjual ganja berkenaan di media sosial.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");