Perak Hari Ini

PAFA Lantik Ahmad Shahrul Selaku Setiausaha Kehormat & Pengurus The Bos Gaurus

IPOH:Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) telah melantik Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 43, sebagai Setiausaha Kehormat yang baru dan Pengurus Pasukan The Bos Gaurus berkuatkuasa mulai 01 Julai ini.

Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Nayan berkata perlantikan itu dibuat bagi menggantikan Datuk Jamal Mohd Aris yang telah mengosongkan jawatan tersebut  pada 11 Mei 2017 yang lalu.

Terdahulu, Ahmad Shahrul Azhar Sofian yang di lahirkan pada 24 Oktober 1974 dan berasal dari Ipoh merupakan individu yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam arena bola sepak tanah air iaitu selama 13 tahun.

Beliau merupakan bekas pemain pasukan bola sepak Perak di posisi tengah dari tahun 1996 hingga 1997 dan kembali bersama pasukan Perak pada tahun 2000 hingga 2008 serta pernah menjadi ketua pasukan sepanjang tempoh tersebut.

Beliau juga pernah bermain untuk pasukan Kebangsaan pada tahun 1999 dalam Kejohanan Piala Tiger di Vietnam, Pesta Bola Merdeka, kelayakan Kejohanan Piala Asia dan Sukan SEA di Kemboja.

Sementara itu di Sukan SEA, Kemboja pada tahun 2000, beliau telah muncul sebagai penjaring  terbanyak dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Ahmad Shahrul juga pernah menjadi ketua pasukan Kebangsaan pada tahun  2002 ketika mewakili pasukan Kebangsaan di Sukan Asia, Busan Korea Selatan dan merupakan kejohanan terakhir beliau sebagai pemain pasukan Kebangsaan, sebelum beliau bersara pada tahun yang sama.

Beliau merupakan Penolong Pengurus pasukan Perak pada tahun 2013  dan Ketua Jurulatih pasukan Negeri Sembilan bawah 21 pada tahun 2014.

Malah beliau adalah  Penolong Ketua Jurulatih bagi pasukan bolasepak Felda United FC di saingan Liga Super 2017.

“Pihak pengurusan PAFA merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jamal Mohd Aris di atas khidmat bakti sebagai Setiausaha Kehormat PAFA dan Pengurus The Bos Gaurus sebelum ini.

“Pihak pengurusan PAFA juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Felda United FC kerana memberi kerjasama  melepaskan Encik Ahmad Shahrul Azhar Sofian untuk membantu PAFA dalam memartabatkan sukan bolasepak di Negeri ini,”katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya pihak pengurusan PAFA berkeyakinan penuh di atas  pengalaman serta keupayaan Ahmad Shahrul Azhar Sofian di arena bolasepak tanah air  akan dapat  membantu pengurusan PAFA untuk meneruskan kecemerlangan sukan bolasepak di Negeri Perak pada masa hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");