Isu Panas

Pas Perlu Jadi Kawan Untuk Berdepan PRU14

SHAH ALAM – Pas perlu ‘berkawan’ jika mahu meraih kemenangan dalam PRU14 akan datang.

Ini kerana menurut penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, meskipun dibantu dengan sentimen agama, Pas tidak cukup ampuh untuk mencipta kemenangan sendiri.

“Dalam segmen pengundi Melayu, sentimen agama memang boleh membantu Pas dalam mendapatkan undi, namun tidak mampu mencipta kemenangan.

“Untuk itu, jika kemenangan yg Pas mahukan bagi membawa agenda agama, Pas perlu pastikan mempunyai ‘kawan’ menjelang PRU,” katanya lapor Sinar Online.

Menurutnya lagi, Pas perlu juga mencipta aspirasi,manifesto yang jelas dalam pembangunan ekonomi negara.

“Ia perlu dilakukan untuk mendapatkan undi terutamanya pengundi kawasan bandar; di samping terus memperkasa agama yang menjadi agenda forte Pas selama ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");