Sukan Hari Ini

Pasukan Jackie Chan Podium 2-3

AKTOR dan pelakon lagak ngeri Hong Kong Jackie Chan tersenyum lebar apabila kereta keduanya dinaikkan ke tempat ketiga perlumbaan 24 Jam Le Mans selepas penyertaan pencabarnya dibatalkan.

Timo Bernhard memintas Ho-Pin Tung memandu kereta LMP2 Oreca-Gibson milik Chan ketika perlumbaan berbaki sejam tiba di garis penamat bagi memberikan gelaran ke-19 buat Porsche di litar Le Mans.

Tung memacu kereta pertama DC Racing Jackie Chan untuk berada di tempat kedua edisi ke-85 perlumbaan tahan lasak itu yang berlangsung di Perancis, kelmarin.

Kereta kedua Jackie Chan dipandu David Cheng, Tristan Gommendy dan Alex Brundle melonjak di depan Oreca dipandu oleh Nelson Piquet Jr, Mathias Beche dan David Hansson untuk berada di tempat ketiga selepas pasukan pencabar terbabit melakukan pengubahsuaian pada badan kereta.

Mereka turut didenda kerana ‘campurtangan tidak dibenarkan ketika berada di tempat letak kereta selepas perlumbaan tamat’.

“Beberapa aspek pemeriksaan teknikal tidak menepati peraturan dikesan terhadap pasukan Vaillante Rebellion #13 Oreca 07-Gibson selepas perlumbaan menyebabkan mereka dibatalkan,” menurut penganjur.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");