Jenayah

Pekerja PROPEL Maut, Lori Dirempuh Bas Pesiaran

GURUN: Seorang pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Bhd (PROPEL) maut manakala dua rakannya cedera selepas lori satu tan yang mereka naiki dilanggar sebuah bas persiaran di Kilometer 65.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, dalam kejadian jam 6 pagi, pemandu lori PROPEL berusia 40-an cedera di kepala dan penumpang hadapan pula cedera di kaki dan bahu manakala penumpang belakang berusia 50-an maut.

Bagaimanapun, 28 orang termasuk pemandu bas persiaran selamat dan tidak cedera. Bomba tiba di lokasi kejadian kurang 15 minit selepas menerima panggilan jam 6.24 pagi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati dua kakitangan PROPEL tersepit dalam lori terbabit sebelum usaha mengeluarkan mereka dilakukan anggota kami seramai lapan orang termasuk seorang pegawai.

“Dua mangsa yang tersepit diselamatkan manakala seorang lagi maut di lokasi kejadian sebelum semua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");