Isu Panas

Pemimpin ‘rosak’ Perlu Direhatkan

SHAH ALAM – Pemimpin yang terlibat isu integriti dan salah guna kuasa perlu direhatkan untuk peluang taubat dan berubah.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin yang ‘rosak’ itu tidak akan pulih hanya dengan tukar pejabat.

“Apakah Malaysia tandus pemimpin wibawa dan berintegriti tinggi ? Jangan corakkan politik Malaysia macam pementasan sinetron,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, pertukaran pemimpin dari satu jabatan kepada satu jabatan yang lain, wajar jika hanya berbangkit isu kesesuaian bidang tugas dan persekitaran kerja.

“Apabila rakyat bantah prestasi dan korupsi seseorang pemimpin ekoran gagal tunai tanggungjawab dan tidak pulangkan hak kepada mereka yang berhak memilikinya, maka pemimpin itu selayaknya diberhentikan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");