Jenayah

2 warga Britain Cedera Kenderaan Terhumban Ke Gaung

IPOH: Dua warga Britain cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter di kawasan Gerbang Meru Indah, Meru Raya, dekat sini, sebentar tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.50 malam.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi mendapati kedua-dua mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan jenis Ford Ranger berkenaan. “Anggota kemudian turun ke bawah dan memapah mangsa yang cedera ringan naik ke atas.

“Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS (Perkhidmatan Perubatan Kecemasan) dan kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. Beliau berkata, operasi menyelamat tamat jam 10.40 malam.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");