Berita Hari Ini

Peranti dongle: Peniaga Masih Keliru

SHAH ALAM – Peniaga keliru dengan langkah dibuat Jabatan Kastam dengan memasang peranti dongle pada setiap premis berdaftar dengan sistem GST bagi mengesan peniaga elak daripada membayarnya.

Difahamkan, 7,000 premis daripada enam sektor perniagaan utama terlibat dalam penguatkuasaan itu yang akan bermula 1 Julai depan.

Tinjauan oleh Sin Chew Daily mendapati, ramai peniaga masih keliru dan mengharapkan pihak berkuasa memberikan penjelasan lanjut agar mereka dapat memahami secara mendalam.

Golongan peruncit mendakwa, keuntungan diperoleh dalam perniagaan runcit tidaklah begitu lumayan, apatah lagi mereka tidak bersedia untuk mengelak daripada membayar cukai.

Dongle tersebut dikatakan akan dipasang pada setiap mesin daftar tunai, yang membolehkan setiap transaksi direkodkan dan dihantar ke mesin server di ibu pejabat Jabatan Kastam.

Mekanisme itu membolehkan Jabatan Kastam mengetahui masa sebenar pungutan, sekali gus meningkatkan tahap pematuhan peniaga menyerahkan penyata taksiran pertama (penyata GST-03) dan kewajipan menyerahkan resit kepada pengguna lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");