Berita Hari Ini

Perbetul Teras Percukaian Negara Elak Masalah

SHAH ALAM – Teras percukaian negara khususnya berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu diperbetulkan walaupun kerajaan telah menangguhkan hasrat untuk memperluaskan cukai tersebut kepada 60 jenis barangan lain.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menangguhkan pelaksanaan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan bermasalah dalam menentukan hala tuju dan dasar percukaian di negara ini.

“Konsep cukai barangan ialah sebagai sumber kewangan kedua negara di saat memerlukan.

“Maka sumber yang diperlukan perlu disempitkan ruang cakupannya bagi mengelakkan bebanan tambahan kepada kewangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beberapa hari lalu, media tempatan melaporkan bahawa lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan GST bermula 1 Julai ini.

Namun begitu, Pengarah Kastam Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy memaklumkan bahawa pihaknya membatalkan perlaksanaan GST untuk lebih 60 bahan makanan tersebut dengan merujuk Perintah Cukai GST (Pembekalan Kadar Sifar) (pindaan (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun tahun ini.

Menurut Subromaniam, implikasi pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih daripada 60 makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import serta marjerin tertakluk kepada cukai tersebut.

Sehubungan itu, Khairuddin memaklumkan bahawa kerajaan perlu membetulkan aspek pengurusan perbelanjaan supaya lebih berhemah berbanding memberi fokus untuk membesarkan saiz pendapatan menerusi cukai.

“Anak kunci kejayaan pengurusan kewangan bukan hanya pada kejayaan membina sumber tetapi lebih kepada kejayaan mengurus perbelanjaan,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Tambah beliau, Pas tetap konsistan dengan menegaskan bahawa GST merupakan cukai berdasarkan perbelanjaan yang tidak patuh Syariah kerana dikenakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan miskin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");