Perak Hari Ini

Perhimpunan Khas Sempena Aidil Fitri MBI Meriah

IPOH:Buat kali kedua penganjurannya,perhimpunan khas sempena Sambutan Aidil fitri Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah meriah dengan kehadiran para pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang berlangsung di Dewan Bandaran, di sini hari ini.

Bagi tahun ini pula, sekitar 1,500 orang pegawai dan kakitangan MBI menyertai perhimpunan khas kali ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man hadir memeriahkan majlis selain menyampaikan sumbangan hamper kuih raya kepada ketua unit setiap sektor pengurusan MBI yang mewakili setiap unit.

Hadir sama Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria serta barisan ahli Majlis.

Perhimpunan yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan bagi memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan MBI beramah mesra sebelum bercuti sempena perayaan Aidil Fitri serta usaha merapatkan hubungan antara pegawai, kakitangan serta jabatan bersama ahli majlis.

Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah pegamal media daripada pelbagai latar belakang turut menerima hamper kuih raya sebagai cenderamata.

Para hadirin kelihatan manis dan kacak apabila masing-masing mengayakan pakaian kebangsaan sekaligus memeriahkan sambutan Syawal yang bakal menjelang.

Pada majlis tersebut para anggota penguatkuasa MBI turut bergotong-royong memasak juadah rendang yang diagihkan kepada orang ramai dan kakitangan MBI yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");