Perak Hari Ini

Permintaan Tinggi, Harga Santan Bakal Naik

KAMPAR:Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan peningkatan harga santan dalam minggu ini berikutan permintaan yang tinggi untuk musim perayaan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil Datuk Samsudin Abu Hassan

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil Datuk Samsudin Abu Hassan berkata kawalan harga hanya melibatkan penjualan kelapa parut sahaja.

“Kita hanya kawal harga kelapa biji peringkat pemborongan dan pada peringkat peruncitan ia tidak dikawal,” katanya selepas mengadakan pemantauan harga barangan kawalan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Pasar Awam Kampar di sini hari ini.

Katanya, pemantauan setakat ini mendapati peniaga menjual santan sekilo dengan harga yang berbeza bermula dari RM11 hingga RM8.50.

“Pembeli perlu meninjau harga untuk memastikan santan yang dibeli pada tahap harga yang sepatutnya dengan bijak memilih harga berpatutan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");