Perak Hari Ini

Pertemuan Zambry, Husni- Hanya Perjumpaan Biasa

LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir harini mengulangi pendiriannya berkenaan pertemuan dan kehadiran Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ke Pejabat Menteri Besar pada rabu.

Beliau berkata  pertemuan tersebut hanyalah sekadar ‘pertemuan biasa’ seorang pemimpin dalam membincangkan hal ehwal rakyat khususnya di kawasan Parlimen Tambun.

“Bagi saya ia merupakan pertemuan biasa saya dengan mana-mana wakil rakyat dan juga ahli parlimen yang ingin membincangkan  hal ehwal rakyat, yang memerlukan perhatian saya.

“Itulah pendekatan yang saya sebutkan bahawa dalam Barisan Nasional (BN) kita akan sering mengadakan perbincangan dan pertemuan bagi membincang hal-hal berkaitan dengan rakyat.

 

Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan  ke Hospital Angkatan Tentera TLDM di sini pada Jumaat.

Pada masa sama beliau juga sempat melawat beberapa wad dan menyampaikan cenderahati bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada wakil-wakil jabatan hospital.


Zambry juga memuji komitmen petugas-petugas hospital khususnya yang bekerja ketika musim perayaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");