Jenayah

Polis Tembak Tayar Kenderaan Tahan 2 Suspek

SIK: Polis terpaksa melepaskan tembakan ke tayar sebuah kereta dipandu penjenayah yang cuba merempuh kereta pasukan itu ketika ditahan untuk pemeriksaan di Kampung Merbau Kudung, di sini.

Dua lelaki masing-masing berusia 16 dan 22 tahun dalam kereta itu, termasuk seorang daripadanya dikehendaki polis ditahan dalam kejadian jam 2.20 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya sepasukan anggota Task Force Lejang daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menghampiri PROTON Iriz dinaiki dua lelaki itu, namun selepas memperkenalkan diri suspek bertindak mengundurkan kenderaan sehingga melanggar kereta polis.

Beliau berkata, bagi mempertahankan diri dan menghentikan kenderaan suspek, anggota terbabit melepaskan tiga das tembakan ke bahagian tayar hadapan Proton Iriz berkenaan, sebelum menahan kedua-dua lelaki di dalamnya.

“Semakan mendapati seorang daripada suspek yang berusia 22 tahun mempunyai beberapa rekod jenayah membabitkan kes menipu dan memiliki barangan curi, selain turut disenarai dikehendaki polis bersangkut kes di Kuala Ketil, remaja berusia 16 tahun yang masih belajar tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan digunakan juga menemui sebilah parang dan pisau, tiga paket straw kecil berisi dadah disyaki jenis heroin dan sehelai baju, seluar dan kasut askar,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita kereta PROTON Iriz digunakan selepas semakan mengesahkan ia dilapor hilang di Bedong, dekat sini, semalam.

“Kedua-dua suspek kini ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 379 (a) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");