Sukan Hari Ini

Ronaldo Yakin Portugal Mampu juarai Piala Konfederasi

CHRISTIANO Ronaldo yakin Portugal mampu menjuarai Piala Konfederasi selepas mereka menempah slot ke separuh akhir dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas New Zealand.
Ronaldo membuka jaringan menerusi sepakan penalti sebelum Bernardo Silva, Andre Silva dan Nani melengkapkan kemenangan Portugal untuk menjuarai Kumpulan A .
Bintang Real Madrid itu yang menjaringkan gol ke-75 buat Portugal dan gol ke-56 sejak permulaan musim 2016-17, Ronaldo memiliki keyakinan di atas kemampuan pasukannya untuk mencipta kejayaan di Russia.
“Saya membantu pasukan dengan jaringan pembukaan dan terdapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol,” kata Ronaldo. 
“Kami bermain dengan baik, kami mahu memenangi perlawanan ini.
“Kami menyedari lawan kami dalam separuh akhir di antara Chile dan Jerman sangat sukar, tetapi kami memiliki keyakinan itu.”
Jurulatih Portugal, Fernando Santos, enggan berasa bimbang pasukan mana yang perlu Portugal hadapi dalam separuh akhir.
“Chile dan Jerman adalah pasukan yang kuat. Kami akan menganalisis lawan kami dan membuat persiapan yang rapi.
“Sasaran kami adalah memenangi kejohanan ini. Kami perlu lebih cemerlang dan konsisten. Kami perlu cuba mengelak daripada dibolosi.
“Saya telah memberikan amaran kepada pasukan saya agar cuba mematahkan sebarang ancaman di udara. Mereka bertindak dengan baik. Saya berpendapat New Zealand berhak menjaringkan gol. Mereka merupakan pasukan yang memiliki semangat yang gigih.”
-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");