Jenayah

Rumah PPRT Terbakar, Dua Rentung

TENOM: Dua orang termasuk seorang kanak-kanak rentung selepas sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Pamaluyan, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, dua mangsa yang rentung iaitu wanita berusia 20 tahun serta kanak-kanak tiga tahun.

Mereka ditemui pasukan bomba di ruang tamu rumah terbabit selepas api dipadamkan dan hubungan kedua-dua mangsa belum dapat dipastikan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.08 pagi.

“Dua jentera bersama 16 anggota kemudian tiba di lokasi yang jaraknya 30 kilometer Balai Bomba Tenom pada jam 8.39 pagi.

“Pihak bomba kemudian mengawal kebakaran pada jam 9 pagi dan hasil pemeriksaan mendapati ada mangsa rentung di ruang tamu rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, punca kebakaran dan nilai kerugian akibat kejadian itu kini masih lagi dalam siasatan.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");