Sukan Hari Ini

Salcedo Alami Kecederaan Bahu

PERTAHANAN Mexico, Carlos Salcedo akan terlepas baki perlawanan Piala Konfederasi selepas mengalami kecederaan bahu ketika berdepan New Zealand.

Ia merupakan satu tragedi yang malang buat Mexico, sekadar menang tipis 2-1 ke atas New Zealand dan kehilangan khidmat Salcedo daripada perlawanan tersebut.

Pemain tersebut terpaksa diusung keluar ketika aksi separuh masa pertama sedang dijalankan.

Mexico tidak akan dapat memanggil pemain gantian bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain berusia 23 tahun itu.

Kini Mexico telah meraih empat mata daripada dua perlawanan, Raul Jimenez dan Oribe Peralta berjaya menidakkan gol pembukaan Chris Wood pada minit ke-42.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");