Membawang Hari Ini

Salman Khan Beraya Dengan Filem Baharu

KEBIASAANNYA, umat Islam akan sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan menghias rumah, memasak dan membeli pakaian pada saat-saat akhir.

Berbeza dengan bintang Bollywood terutamanya Salman Khan, dia memilih untuk menyiarkan filem terbaharunya, Tubelight sebagai hidangan istimewa Aidilfitri untuk ditayangkan kepada peminat filem Bollywood.

Filem lakonannya,Tubelight sudah mula ditayangkan pada 23 Jun lalu.

Selain Salman Khan, khabarnya dua bintang terkenal Shah Rukh Khan dan Ajay Devgan juga bakal mengeluarkan trailer filem mereka dalam waktu terdekat.

“Seperti tahun sebelum ini, saya sentiasa memilih tarikh sambutan Aidilfitri untuk filem terbaharu saya.

“Sambutan raya tahun ini saya lebih sibuk dengan promosi filem Tubelight,” kata Salman Khan menerusi Indian Express.

Salman memilih untuk menyambut hari raya dan menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan rapat di kediamannya di Bandra, Mumbai.

Sementara itu, Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Imran Abbas juga antara selebriti Bollywood yang menyambut hari raya bersama keluarga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");