Membawang Hari Ini

Shahrol Shiro ‘Diserang’ Ketika Menyamar Jadi Gelandangan

Menerusi video yang tular di media sosial Facebook menunjukkan Shahrol Shiro yang sedang berehat di kawasan berhampiran Dataran Merdeka bersama seorang krew MaxMan TV, telah dihalau dua lelaki tersebut.

Tambah malang, pelawak tersebut ditolak sehingga terjatuh oleh pemuda-pemuda itu yang mendakwa mereka ‘menjaga’ kawasan tersebut.

Dua lelaki berbaju hitam itu turut berlagak seperti polis serta memeriksa tubuh Shahrol dan krew MaxMan TV.

Kejadian tersebut berlaku ketika Shahrol sedang menjalani penggambaran untuk salah sebuah episod program sosial eksperimen yang disiarkan di platform Astro Gempak dengan kerjasama MaxManTV bertajuk, Undercover Selebriti.

Tambah Shahrol lagi, dia tidak menyangka golongan gelandangan dilayan dengan teruk oleh sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Shahrol juga menasihati supaya masyarakat ringankan tangan untuk menghulurkan sedikit sumbangan, seperti seorang wanita yang memberinya nasi secara percuma apabila dia mengadu lapar dan tidak makan selama beberapa hari.

Sepanjang tiga hari menjalani penggambaran eksperimen sosial Undercover Selebriti, Shahrol bersama krew MaxMan TV merasai sendiri realiti hidup sebagai gelandangan.

Shahrol juga telah berkongsi video eksperimen sosial tersebut di akaun Facebooknya.

Laporan MH online menyebut, tidak sampai sehari video tersebut dikongsi di laman Facebook MaxMan TV, ia telah ditonton lebih 2 juta kali dengan 20 ribu perkongsian.Kini sebanyak 3.1 juta 39 ribu reaksi dari netizen dan 2 ribu komen.

Rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan dua pemuda yang tidak berhati perut itu dan berpendapat sosial eksperimen yang dibawakan menerusi Undercover Selebriti berjaya membuka mata masyarakat tentang keperitan dilalui golongan gelandangan di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");