Perak Hari Ini

Tabung Haji Salah Guna Kuasa, Itu Fitnah-PM Najib

TAIPING:Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan satu badan yang turut tidak terlepas dengan dakwaan salah guna kuasa yang mana disifatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hanya satu fitnah semata-mata.

Tegas Najib, TH merupakan satu badan dibawah kerajaan yang menjadi kebanggaan semua seluruh negara.

“Yayasan Tabung Haji menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan menggunakan wang zakat dan tidak menggunakan wang TH sendiri.

“Zakat pula dari pembayaran yang diwajibkan atas keuntungan yang diserahkan terus oleh pembayar jadi dakwaan yang mengatakan salah guna kuasa fitnah sama sekali,” katanya semasa berucap pada majlis Ziarah Kasih Ramadhan Yayasan Tabung Haji 2017 dan program Jom Bantu Rakyat di Parlimen Bukit Gantang di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin.

Jelasnya lagi, bagi program Jom Bantu Rakyat sebanyak RM19 juta bantuan akan disalurkan ke seluruh negara melibatkan agihan RM7 juta dari zakat Tabung Haji, RM4 juta dari peruntukan Kerajaan Pusat dan RM8 juta dari pihak UMNO.

“Tabung Haji salah guna kuasa fitnah sama sekali, TH mengekalkan bayaran haji setiap jemaah meskipun berdepan dengan peningkatan kos tidak melebihi RM10,000 seorang jemaah.

“Setiap jemaah membayar RM9,980 manakala TH menanggung subsidi sebanyak RM9,530 bagi setiap jemaah.

“Itu dari segi TH banyak lagi bantuan lain kerajaan berikan termasuk Bantuan Rakyat Satu Malaysia BR1M, bantuan nelayan dan pelbagai lagi,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) meliputi 24 kawasan Parlimen peringkat negeri hari ini.

Sebanyak 90 buah kampung menerima manfaat menerusi LJK8  bersempena Program Jom Bantu Rakyat di Bukit Gantang di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");