Perak Hari Ini

Terima Pengiktirafan: Program Perak Yang Bersih Tetap Diteruskan

IPOH:Program Perak Yang Bersih tetap diteruskan biarpun negeri ini telah menerima pengiktirafan sebagai negeri kedua terbersih oleh Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pengiktirafan Perak sebagai negeri kedua terbersih oleh Kementerian Pelancongan Malaysia adalah satu bukti pencapaian kepada program Perak yang Bersih.

“Negeri Perak menjadi negeri kedua terbersih adalah berkat usaha yang dilakukan dimana ia pada mulanya dianggap sinis namun usaha berterusan tetap perlu bagi memastikan Negeri ini berada dalam keadaan yang bersih,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Jelasnya lagi, usaha itu tidak boleh terhenti setakat ini sahaja, tradisi dan membudayakan kebersihan dalam negeri ini perlu terus diterapkan.

“Saya juga tidak akan berhenti hanya sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan seperti ini tetapi lebih penting lagi untuk meneruskan tradisi ini kerana proses pembudayaan tidak boleh terhenti hanya pada satu tahap atau satu pengiktirafan sahaja,” katanya.

Kata Zambry lagi, program Perak Yang Bersih akan tetap diteruskan bagi membudayakan aspek kebersihan dalam negeri ini.

Malah jelasnya pihak pembangkang disaran untuk sama-sama berkerjasama untuk memastikan agenda Perak Yang Bersih berjaya direalisasikan dan bukannya bertindak mengkritik sahaja.

“Mereka yang membangkang saya menggunakan kesempatan tertentu sebaliknya memainkan peranan sekiranya ada kawasan yang didapati kotor janganlah menjadikan isu tempelan sebegini tetapi perlu bersama-sama menggerakkan budaya menjaga kebersihan bukannya mengutuk tindakan saya.

“Mereka lalu di kawasan rumah saya, dan dapati tempat menyimpan air Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mempunyai jentik-jentik dan menjadikannya isu hanya auta sahaja malah ia satu tindakan yang tidak cerdik oleh seorang adun,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, semua pihak perlu saling membantu bagi memastikan Perak dalam keadaan bersih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");