Berita Hari Ini

Tindakan Mohon Perintah Ekstradisi Suspek Pemerdagangan Manusia Langkah Tepat

JITRA: Tindakan kerajaan memohon perintah ekstradisi membawa pulang tiga suspek utama kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian yang kini dalam tahanan Thailand untuk dibicarakan, dipuji Kementerian Pertahanan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd Johari Baharum mengakui, apabila terlalu lama masa diambil untuk menyelesaikan sesuatu perkara, maka tindakan itu dibimbangi akan membuka peluang kepada amalan tidak berintegriti.

Katanya, isu pemerdagangan manusia adalah isu bersifat global yang kompleks dan Malaysia ketika ini adalah antara negara yang sedang berhadapan cabaran besar dalam menanganinya.

“Isu ini dipersoalkan jadi kita berharap supaya ia dapat diselesaikan dengan segera.

“Sekiranya mereka dapat dibawa balik dan diambil tindakan segera barangkali isu ini dapat diselesaikan,” kata Mohd Johari selepas menyampaikan sumbangan kepada 182 warga emas termasuk ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) peringkat Parlimen Kubang Pasu di Masjid Kampung Naga, Jitra, Kedah lapor Astro Awani.

Pada Khamis, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke tapak Projek Pembinaan Bersepadu ICQS Bukit Kayu Hitam, beliau memberitahu, negara sedang membuat proses permohonan perintah ekstradisi untuk membawa pulang tiga suspek utama kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis yang kini dalam tahanan Thailand untuk dibicarakan.

Menurut Ahmad Zahid, ketiga-tiga suspek merupakan orang terpenting dalam kes yang menggemparkan Asia Tenggara pada 2015.

Hasil risikan, ketiga-tiga suspek merupakan dalang utama kes berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");