Sukan Hari Ini

Usah ‘Hanyut’ Dengan Pujian: Kim Swee

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya jangan tenggelam dengan pujian kerana misi mereka dalam memburu pingat emas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur Ogos ini masih lagi jauh.

Biarpun peminat tempatan mula meletakkan keyakinan kepada pasukan muda negara untuk melakar sesuatu selepas persembahan memberangsangkan dalam siri Jelajah China baru-baru ini, pengendali itu mengakui masih banyak elemen yang perlu dipertingkatkan anak buahnya.

“Masih terlalu awal untuk menilai walaupun kami mendapat keputusan yang baik di China tempoh hari. Kami tidak boleh cepat berpuas hati kerana tak guna mendapat keputusan baik sekarang tapi di pertandingan sebenar nanti kami gagal.

“Apa yang penting bagi saya memastikan segala proses persiapan mengikut jadual dan ketika ini pasukan ini masih belum cukup bersedia, kami memerlukan beberapa perlawanan lagi sebelum ke Sukan SEA,” kata Kim Swee kepada Arena Metro semalam.

Skuad B-22 negara mempamerkan peningkatan dalam siri Jelajah China apabila menewaskan pasukan muda kelab kaya Guangzhou Evergrande 3-0 pada perlawanan terakhir selepas seri 2-2 dengan Guangzhou R&F pada perlawanan kedua dan kalah 0-1 di tangan skuad China B-22 pada aksi pertama.

Selain mempersiapkan diri bagi menghadapi Sukan SEA, skuad muda negara juga akan menyertai saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan depan.

Sementara itu, Kim Swee yang mengendalikan pasukan memenangi pingat emas terakhir Sukan SEA 2011 Jakarta memaklumkan Ariff Farhan Mat Isa masih kekal bersama pasukan meskipun menghilangkan diri daripada kem latihan sebelum ini.

“Saya sudah mendengar penjelasannya dan saya memberikan amaran keras kepadanya supaya tidak mengulangi kesalahan sama. Saya tidak akan berkompromi lagi jika perkara ini berlaku lagi dengan mana-mana pemain,” tegasnya yang kini meneruskan latihan pusat pasukannya.

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");