Sukan Hari Ini

Wood Kecewa Gagal Bantu New Zealand Raih Kemenangan Sulung

PENYERANG New Zealand, Chris Wood mengakui kecewa selepas gagal menyempurnakan beberapa peluang di depan gol dalam usaha membantu pasukan meraih kemenangan apabila tewas 2-1 kepada Mexico di Stadium Fisht.

Penyerang Leeds United itu membuka jaringan tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, menamatkan kemarau gol selama 555 minit buat All Whites dalam saingan Piala Konfederasi dan meletakkan mereka di landasan untuk memenangi aksi pertama kejohanan FIFA.

Tetapi kapten All Whites itu telah gagal menyempurnakan dua peluang terbuka untuk menjaringkan gol sebelum Raul Jimenez menjaringkan gol penyamaan buat El Tri.

Oribe Peralta meledak gol kemenangan 18 minit sebelum tamat perlawanan dan New Zealand terus memberikan asakan bagi mencari gol penyamaan, Ryan Thomas berjaya melepaskan rembatan namun sekadar palang gol lawan.

“Ia amat mengecewakan. Kami seharusnya mampu menjaringkan lebih banyak gol,” kata Wood.

“Kami memiliki peluang untuk menjarakkan kedudukan, kami perlu lebih klinikal ketika menyempurnakannnya dan ia akan menjadi satu keputusan yang berbeza.”

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");