Perak Hari Ini

11 Ah Long Tetap Bertindak Ganas Walaupun Laporan Polis, Media Telah Dibuat

IPOH: Walaupun sudah membuat tiga laporan polis beserta laporan bersama media sebelum ini namun, Chuah Chee Hooi masih diganggu salah satu individu daripada 11 kumpulan peminjam wang tidak berlesen atau Ah Long.

 

Semalam, sebelum membuka kedai untuk memulakan perniagaan bingkai gambarnya, Chuah telah diberitahu oleh jirannya bahawa terdapat dua lambang matawang ($), yang di sembur menggunakan cat merah di pintu kedainya.

 

Dia yang ketakutan, segera membuat laporan polis di Balai Polis Kampong Tawas dan memaklumkan kepada Ketua Urusetia Pusat Khidmat Dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah.

 

“Selepas saya membuka kedai untuk berniaga seperti biasa, kira-kira jam 1 petang, saya didatangi dua orang lelaki dan meminta saya menyelesaikan wang pinjaman dengan segera.

 

“Saya yang panik ketika itu segera menelefon polis dari Balai Polis Kampung Tawas dan dua anggota telah datang ke premis saya.

 

“Setelah dua anggota polis itu berjumpa dengan dua orang lelaki tersebut, kira-kita setengah jam selepas itu, mereka beredar dari kedai saya”, kata Chuah kepada media ketika ditemui di Pusat Khidmat Dan Aduan BN Perak, pada Khamis.

 

Ujarnya selain gangguan kepada ahli keluarganya, selepas dia membuat kenyataan kepada media, ahlong ini bukan sahaja tetap menganggunya malah memberi amaran agar tidak membuat sebarang laporan kepada media mahupun polis.

 

Chuah berkata dia mula meminjam wang kepada mereka pada sekitar bulan Julai ini sebanyak RM2,500 dan akibat dari kelewatan bayaran kira-kira seminggu, dia dikenakan penalti sebanyak RM600 bagi sehari.

 

“Saya bukan tidak mahu bayar tapi saya meminta agar saya diberi masa dan laporan polis dibuat bagi keselamatan keluarga saya”, katanya.

 

Pada masa sama, Rawi berkata agar pihak polis mengambil tindakan segara dalam menanangi gejala ah long ini yang dilihat sudah berani melampaui batasan undang-undang.

 

“Kebiasaanya, kalau kita buat laporan polis dan laporan media, ah long ini akan mula ‘senyap’, tapi untuk kes kali ini ia berbeza dan seolah-olah mereka seperti mahu mencabar kedaulatan undang-undang kita.

 

“Saya yakin dan percaya, ramai di luar sana yang senasib dengn Chuah ini namun, mungkin mereka takut untuk tampil ke hadapdan untuk membuat laporan dan saya harap pihak polis segara ambil tindakan”, katanya.

 

Pada Selasa, Perak Today ada menyiarkan laporan di mana Chuah,48, telah terperangkap dalam skim penipuan pinjaman wang haram sehingga dia berhutang dan keluarganya diganggu oleh 11 kumpulan ah long.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");