Berita Hari Ini

34 Buku Malaysia Tercalon Dalam ‘The Beauty And The Book Award’

KUALA LUMPUR: Sebanyak 34 judul buku terbitan Malaysia dicalonkan untuk pertandingan ‘The Beauty and the Book Award 2017’, iaitu hadiah pilihan pembaca bagi reka bentuk buku tercantik di peringkat antarabangsa.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, acara tahunan yang dianjurkan oleh ‘The Book Art Foundation’ dan ‘The Frankfurt Book Fair’(FBF) itu memberi peluang kepada masyarakat di seluruh dunia memilih reka bentuk buku kesukaan masing-masing melalui undian secara dalam talian.

Menurut kementerian, buku kanak-kanak dan remaja yang dicalonkan adalah My Owl Family Tree (Mohd Khairul Azman); Puteri Gunung Ledang, Legendary Princesses of Malaysia, My Father’s Farm, My Mother’s Garden, My Mother’s Kitchen dan Lil’ Guardian Alphabet (Emila Yusof); Biring Sikunani (Emilia Yusof, Rahimin Zahari) serta Tulip the Dog that Ate Nightmares dan Kailash (Khairul Azmir Shoib, Quek Sue Yian).

“Turut dicalonkan adalah Timun Emas, I’m Sorry (Evi Shelvia); The Tremendous Trio (Evi Shelvia, Quek Sue Yian); Frog Loses His Memory (Evi Shelvia, AH Benjamin); We Love Trees (Evi Shelvia / Rossiti Aishah); Siti the Elephant, Puteri Tioman the Green Turtle (Farrah Ashiela Samsuri, Rossiti Aishah Rashidi); Pak Belang the Tiger (Widiyatno, Rossiti Aishah); The Magic Buffalo dan Longhouse Days(Jainal Amambing).

Kementerian Pendidikan memberitahu, bagi kategori Buku Seni, buku-buku yang dicalonkan adalah Mother & Child dan Elephabet karya Yusof Gajah serta Fleeting Moments karya EmilaYusof.

“Buku yang dicalonkan dalam kategori kesusasteraan am adalah Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Kerajaan Negeri Kelantan, MINSTRA dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara); Kiastersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua (ITBM dan Penerbit USIM) dan The Eternal Storm – Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah (ITBM dan E-Magineers (M) Sdn. Bhd.,” katanya.

Kementerian Pendidikan turut (KPM) mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk memilih buku-buku yang difikirkan mempunyai peluang yang besar untuk menang di laman www.beautyandbook.com dan undian akhir serta pengumuman pemenang akan dibuat di FBF pada 14 Oktober ini.

 

-UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");