Perak Hari Ini

ADUN Kubu Gajah Tarik Diri Dari PRU 14, Zambry Belum Terima Maklumat Rasmi.

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata  beliau belum menerima sebarang kenyataan atau maklumat rasmi dari Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Alias berkenaan isu penarikan diri dari bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Tambah Zambry, khabar angin mengenai tindakan Hasbullah itu merupakan perkara biasa dalam arena politik di mana pada satu-satu tahap mungkin seseorang wakil rakyat itu mahu berundur dari terus bertanding kerana mahu memberi ruang kepada yang lain.

“Secara peribadi, Hasbullah memang tiada masalah dengan saya malah kami memang baik sejak zaman Pemuda Umno lagi dan mungkin hal ini beliau fikir sudah tiba masa untuk beliau berhenti berkhidmat dan memberi ruang kepada yang lain”, katanya.

Apabila ditanyakan sama ada Umno akan cuba memujuk beliau kerena dikatakan Hasbullah ini calon popular, Zambry berkata ia akan dibincang kelak sejurus Hasbullah berjumpa dengan Zambry.

“Macam-macam andaian boleh dibuat namun, soal calon popular atau tidak, yang lebih penting di sini ialah apabila mana-mana wakil rakyat yang menyatakan hasrat tidak mahu bertanding kita akan berbincang dengan mereka.

“Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang ada dalam kalangan wakil-wakil rakyat yang ada menyatakan hasrat tidak akan bertanding pada PRU akan datang namun, berkenaan dengan Hasbullah ini, saya akan tunggu sehingga beliau berjumpa dengan saya.

Zambry berkata demikian kepada media selepas program Selamat Pagi Perak Bersama Dr Zambry di Auditorium RTM Perak pada Isnin.

Semalam, ADUN Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Alias, mengumumkan kepada media, keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerana beliau ingin memberi peluag kepada pemimpin yang baru untuk bertanding.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");