Panasnya Hari Ini

Agong Ucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya, di sini malam ini untuk mengucapkan selamat jalan kepada lebih 470 jemaah haji yang akan berlepas ke Tanah Suci.

Baginda tiba di kompleks berkenaan pada pukul 9.30 malam dan diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Turut hadir, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussen Qattan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada majlis tersebut, Baginda dilihat bersalaman sambil mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah haji KT10 yang dijadual berangkat ke Tanah Suci menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8014 pada pukul 1.35 pagi ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");