Perak Hari Ini

‘Ah Long’ Salah Rumah

IPOH: Seorang bekas Ketua Kampung Jelapang, Yong Ah Tim, 61, terpaksa menanggung kerugian apabila rumahnya telah disimbah dengan cat merah oleh dua individu tidak dikenali yang dipercayai Ah Long pada Khamis lepas, sekitar jam 11 malam.

Kejadian itu ternyata menimbulkan kekeliruan kepada mangsa dimana selain cat merah yang turut mengenai keretanya, kedua-dua pelaku yang menaiki sebuah kereta Honda Civic itu turut meninggalkan nombor telefon pada kertas putih dipercayai milik Ah Long.

Selain nombor telefon, pelaku turut menyatakan maklumat perbadi seperti nombor kad pengenalan, gambar muka serta jenis dan nombor plat kereta dimana ia bukan sama sekali milik anaknya.

 

Menurut Ah Tim, sebelum ini beliau ada menerima dua panggilan telefon dari pihak dipercayai Ah Long yang menyatakan anaknya ada membuat pinjaman wang dan meminta untuk diselesaikan segera.

Menerusi panggilan yang sama, Ah Tim turut diugut sekiranya tidak membuat pembayaran di atas pinjaman tersebut.

“Pada 17 April tahun ini, saya ada menerima panggilan dari orang yang tidak dikenali melalui telefon rumah dan meminta agar melangsaikan pinjaman yang termasuk faedah berjumlah RM17,000

“Selepas menerima panggilan dan ugutan itu, saya bertanya kepada anak saya sekiranya benar dia ada meminjam wang dari Ah Long dan anak saya menafikan perkara itu.

 

“Disebabkan itu, Ah Tim membuat keputusan tidak mempedulikan panggilan serta ugutan berkenaan, malah, beliau sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya berikutan Ah Long berkenaan membuat panggilan di rumahnya.

“Saya tidak dapat menghubungi mereka semula sebab panggilan itu dibuat di talian rumah saya,” katanya.

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika pihak Ah Long berkenaan mula bertindak di luar dugaan dan menyebabkan beliau terpaksa menanggung kerugian untuk membaiki kenderaannya yang terkena cat.

Katanya lagi, nombor kad pengenalan dan pendaftaran kereta yang ditinggalkan bukanlah miliknya malah wajah individu dalam gambar tersebut juga bukan wajah anaknya.

“Dia menyatakan nama individu yang meminjam itu nama anak saya namun, apabila disebutkan nombor kad pengenalan, sama sekali tidak sama dengan nombor kad pengenalan milik anak saya”, katanya.

 

Menurut Ah Tim lagi, bagi menyelesaikan perkara itu, beliau sendiri pernah mencuba untuk menghubungi nombor tersebut sebanyak dua kali namun gagal.

Buntu dengan kejadian berkenaan lantas Ah Tim meminta bantuan Biro Pengaduan MCA Perak untuk melakukan sesuatu.

Ketua Biro Pengaduan MCA Perak, Jimmy Loh,  Ah Tim ketika ditemui memberitahu satu laporan polis telah dibuat bagi memberi ruang kepada polis untuk melakukan siasatan terhadap perkara ini.

Katanya, kejadian berkenaan menyebabkan Ah Tim bimbang akan keselamatan anggota keluarganya yang mungkin diugut dengan lebih kejam oleh pihak Ah Long.

Justeru beliau meminta pihak yang terlibat dengan kejadian ini supaya tampil bagi menyelesaikan salah faham ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");