Membawang Hari Ini

Aktor ‘Home Alone’ Meninggal Dunia

Bintang filem Home Alone dan Big Fame, John Heard meninggal dunia pada usia 71 tahun di sebuah bilik hotel di Palo Ato, California, Jumaat lalu lapor E News!

Pejabat koroner, Santa Clara mengesahkan perkara tersebut.

“Berdasarkan autopsi yang dilakukan pagi Sabtu, pemeriksa perubatan mendapati tiada bukti ‘foul play’ dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan.

Heard menginap hotel tersebut kerana masih dalam proses pemulihan daripada satu pembedahan. Punca kematiannya masih lagi di dalam siasatan.

Beliau mula dikenali melalui watak ayah kepada karakter Macaulay Culkin di dalam dua filem ‘Home Alone’, dia juga turut berlakon dalam filem Cutter dan The Beaches.

Heard, meninggalkan dua orang anak iaitu Jack dan Annika manakala anaknya, Max meninggal dunia pada 22 Disember lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");